Jenis - jenis peranti komputer
Peranti rangkaian komputer mempunyai 4 bahagian iaitu peranti komunikasi, peranti penghantar, media penghantaran dan peranti penerima. Setiap peranti ini mempunyai tugasan masing-masing. Peranti penghantaran menghasilkan data dan menghantarkannya ke peranti komunikasi. Peranti komunikasi dan media penghantaran pula menyalurkan data dari peranti penghantar ke peranti penerima. Peranti penerima menerima data.
Peranti komunikasi terdiri daripada modem, penghala, titik capaian tanpa wayar, hab, suis, kad antara muka rangkaian, telefon pintar dan penyesuai rangkaian tanpa wayar.
Contoh:
Penyesuai rangkaian tanpa wayar |
Kad antara muka rangkaian |
Peranti Penghantar mempunyai tiga (3) komponen iaitu komputer, kamera litar tertutup dan telefon pintar.
Contoh:
Kamera litar tertutup |
Komputer
Telefon pintar |
Media Penghantaran boleh dikelaskan kepada dua (2) iaitu gelombang radio dan kabel rangkaian.
Contoh:
Kabel rangkaian |
Gelombang Radio
Peranti Penerima merangkumi tiga (3) aspek iaitu komputer, pencetak rangkaian dan telefon pintar.
Contoh:
Pencetak rangkaian |
Komputer
Telefon Pintar
Comments
Post a Comment